4 maut dalam kejadian tembakan di Los Angeles

Sekurang-kurangnya empat terkorban manakala dua yang lain cedera dalam satu insiden tembakan di bandar Orange, dekat Los Angeles pada Rabu. - Foto Reuters
Sekurang-kurangnya empat terkorban manakala dua yang lain cedera dalam satu insiden tembakan di bandar Orange, dekat Los Angeles pada Rabu. - Foto Reuters
A
A
A

LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya empat terkorban manakala dua yang lain cedera dalam satu insiden tembakan di bandar Orange, dekat Los Angeles pada Rabu.

Jabatan Polis Orange berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kira-kira 5.30 petang waktu tempatan (0030 GMT), lapor Agensi Berita Xinhua memetik NBC.

Empat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua yang lain dibawa ke hospital berdekatan, menurut sebuah agensi perkhidmatan kecemasan.

Sementara itu, berita ABC 7 menyatakan, polis hanya mengesahkan bahawa terdapat beberapa mangsa di tempat kejadian dan ada yang terkorban tanpa memberikan jumlah sebenar.

Suspek disyaki sudah diberkas dan dibawa ke hospital. Maklumat lanjut mengenai keadaan suspek tidak dapat dipastikan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!