Serangan bom di Makassar: PDRM pantau pengaruh militan

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau perkembangan dan pengaruh kumpulan militan di negara ini susulan insiden pengeboman berani mati di depan gereja di bandar Makassar, Indonesia, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, isu berkaitan agama akan ditangani dengan serius bagi mengelakkan dieksploitasi pihak tertentu sehingga mencetuskan sentimen kebencian dan menggugat keselamatan negara.

"Amat mengejutkan dan menyedihkan berkenaan insiden di Makassar, Indonesia itu.

"Kita (PDRM) sentiasa memerhati dan memantau perkembangan kumpulan militan ini dengan serius kerana berbahaya kepada keselamatan negara jika isu berkaitan agama dieksploitasi hingga mencetuskan sentimen kebencian," katanya pada Khamis.

Media melaporkan pengeboman bunuh diri di luar pintu masuk Gereja Katedral di Makassar, Sulawesi Selatan pada Ahad, telah mencederakan sekurang-kurangnya 14 orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Letupan bom bunuh diri di luar gereja di Makassar sebabkan 14 cedera

Anggota kumpulan Jad terlibat letupan gereja Makassar

Menurut Ketua Divisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia, Argo Yuwono, dua suspek yang menunggang sebuah motosikal cuba memasuki kawasan gereja berkenaan namun ditahan pengawal keselamatan gereja sebelum berlaku letupan.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, Ketua Divisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia Argo Yuwono berkata, suspek yang merupakan pasangan suami isteri dikenal pasti sebagai anggota kumpulan pengganas Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

Siasatan awal mendapati pasangan itu baru berkahwin enam bulan lepas dan suspek lelaki dikenali sebagai 'L', sementara wanita 'YSF'.

JAD merupakan kelompok pengganas di Indonesia yang terbabit dalam beberapa kejadian keganasan di Indonesia sejak 2004.

Kumpulan itu turut dikaitkan dengan kegiatan pengganas di Iraq dan Syria.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!