Sindiket sewa kondominium 'promosi' judi online

Polis menahan dua lelaki dalam Ops Dadu di sebuah kondominium di Subang Jaya, pada Khamis.
Polis menahan dua lelaki dalam Ops Dadu di sebuah kondominium di Subang Jaya, pada Khamis.
A
A
A

SUBANG JAYA - Taktik sindiket yang beroperasi di sebuah kondominium di Jalan USJ 21/10, di sini bagi mempromosi judi atas talian sejak enam bulan lalu akhirnya terbongkar selepas Ops Dadu dilakukan kira-kira jam 3 pagi Khamis.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, polis memberkas dua lelaki tempatan berusia 29 dan 30 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penjaga premis dan operator.

Katanya, pelbagai barang dirampas termasuk set komputer, modem dan beberapa telefon bimbit," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Zuhairee berkata, modus operandi sindiket ialah beroperasi di tingkat 23 kondominium dengan kadar sewa RM1,500 sebulan bagi menjalankan urusan mempromosi judi dalam talian dan menambah nilai (top-up).

Polis menahan dua lelaki dalam Ops Dadu di sebuah kondominium di Subang Jaya, pada Khamis.
Polis menahan dua lelaki dalam Ops Dadu di sebuah kondominium di Subang Jaya, pada Khamis.

Katanya, antara laman web yang dikesan ialah websky 777, mega 888, newtown, joker,, rollex, 2 win, live 22, suncity, angpao8888, 100 plus dan leocity.

"Sindiket dipercayai menyasarkan pelanggan warga tempatan dan setiap pelanggan akan menerima iklan daripada operator sebelum diberikan kata kunci tertentu bagi memulakan permainan perjudian," katanya.

Tegasnya, kesemua suspek dan rampasan dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan:

Ops Dadu yang dijalankan hasil maklumat dan risikan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!