Korea Selatan, Malaysia sepakat perluas hubungan ekonomi

Korea Selatan dan Malaysia pada Khamis sepakat untuk memperluas kerjasama dua hala. - Foto 123RF
Korea Selatan dan Malaysia pada Khamis sepakat untuk memperluas kerjasama dua hala. - Foto 123RF
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan dan Malaysia pada Khamis sepakat untuk memperluas kerjasama dua hala bagi mengatasi kejatuhan ekonomi akibat Covid-19, dan memanfaatkan industri baharu termasuk kereta mesra alam dan tenaga boleh baharu.

Menteri Perdagangan, Yoo Myung Hee ketika bertemu rakan sejawatannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Seoul, saling bertukar pendapat mengenai pelbagai isu dua hala, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Perdagangan, Industri, dan Tenaga.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua negara berikrar untuk memperluas kerjasama dalam pertumbuhan industri membabitkan produk seperti bateri yang boleh dicas semula atau alat ganti tenaga suria.

Malaysia berkata, ia merancang untuk menyokong sepenuhnya syarikat bateri Korea Selatan yang membuat pelaburan di Asia Tenggara.

Kedua-dua menteri bersetuju bahawa perdagangan dan pelaburan tidak boleh terganggu oleh pandemik Covid-19, dan berikrar untuk memperluas pertukaran ekonomi, termasuk mempermudah prosedur kemasukan pegawai perniagaan.

Korea Selatan dan Malaysia juga sepakat untuk melaksanakan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dalam masa terdekat.

Seoul kini menunggu pelancaran rasmi RCEP akhir tahun ini, yang merangkumi ASEAN dan rakan dialognya - Korea Selatan, China, Jepun, Australia dan New Zealand.

Kedua-dua negara juga bersetuju menyambung rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Artikel Berkaitan:

Malaysia adalah rakan dagang ketiga terbesar Korea Selatan dari Asia Tenggara.

Korea Selatan juga meminta Malaysia menyokong langkahnya untuk bergabung dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!