Tiga pekerja pembinaan maut

No Image Caption
A
A
A

JURU - [KEMASKINI] Tiga pekerja tapak pembinaan maut manakala tiga lagi cedera selepas ditimpa kerangka bangunan yang dalam proses pembinaan di Lorong Perusahaan Maju 8, Perai di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, kemalangan berkenaan dikatakan berpunca apabila sebuah kren yang dipandu seorang lelaki warga India terlanggar besi alang kerangka bangunan berkenaan sebelum ia runtuh.

Difahamkan, ketika kejadian lebih 30 pekerja berada di tapak pembinaan berkenaan namun mereka sedang bersiap untuk pulang dan dikejutkan dengan kemalangan berkenaan.

Bagaimanapun mereka yang lain sempat lari menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai P Kumar, 46, yang juga pemandu kren; pekerja kontrak warga Myanmar, Rofi Khan, 32; manakala seorang lagi mangsa warga Myanmar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

“Kejadian berkenaan berlaku selepas kren terbabit terlanggar salah satu tiang dan menyebabkan ia tumbang ke atas tiang-tiang bersebelahan.

“Akibat kejadian itu tiang dan kerangka bumbung di tapak pembinaan berkenaan runtuh dan menghempap mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nik Ros Azhan berkata, tiga yang tercedera terdiri daripada seorang lelaki Indonesia dan dua lelaki Myanmar berusia 30 hingga 40 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka dibawa ke Hospital Sebrang Jaya untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan parah pada muka dan kepala.

“Setakat ini identiti mereka masih belum dikenal pasti dan kita masih lagi menyiasat sama ada mereka mempunyai rekod dan permit kerja yang sah,” katanya.

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, dua yang parah dibawa ke Hospital Seberang Jaya manakala seorang lagi masih tersepit di bawah sisa runtuhan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!