[VIDEO] 'Saya UMNO tapi Anwar idola saya'

Anwar
Anwar
A
A
A

SHAH ALAM - Berbeza fahaman politik bukanlah halangan kepada Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah, Mohd Kurniawan Naim Moktar untuk menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai idolanya.

Bagi Mohd Kurniawan Naim, personaliti dan karakter Anwar yang sukar ditemui dalam diri ahli politik lain menjadi sumber inspirasi buat dirinya sehingga terdorong menceburi bidang sama.

“Dari segi percakapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu hebat berpidato itulah menjadi sebab beliau dikagumi," kata Mohd Kurniawan Naim ketika ditanya semasa program iG Live Sinar bertajuk ‘Suara Urang Sabah, Kedengaran Atau Ndak?

Mengulas lanjut, Mohd Kurniawan Naim yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, ketokohan Anwar terserlah dalam mengemudi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengharungi 'sepak terajang' politik serta fitnah terhadap dirinya.

iG Live Sinar bertajuk Suara Urang Sabah, Kedengaran Atau Ndak bersama Mohd Kurniawan Naim Moktar berlangsung pada Rabu.
iG Live Sinar bertajuk Suara Urang Sabah, Kedengaran Atau Ndak bersama Mohd Kurniawan Naim Moktar berlangsung pada Rabu.

"Selain ada pendirian yang teguh, Anwar Ibrahim juga mempunyai ‘public speaking skills’ yang begitu hebat berpidato.

"Walau macam mana ditiup angin pun, dia tetap bersatu, dimasukkan penjara, disumbat ke mana-mana sekali pun dia tetap dengan pegangan dia, itulah yang menyebabkan saya kagum.

"Karakter dan ciri-ciri yang terdapat pada Anwar Ibrahim jarang sekali ada pada ahli politik yang lain menjadikan salah satu inspirasi saya untuk minat politik," ulas Mohd Kurniawan Naim.

Artikel Berkaitan:

Sebelum menerajui parti pembangkang, Anwar ialah Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hingga 1998 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Semasa awal kerjaya politiknya, Anwar merupakan 'anak didik' bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik yang lantang terhadap mentornya itu.

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!