'Pelancong biasa' Everest kena larangan baharu
BEIJING - CHINA. China melarang kemasukan pelancong dari kem pangkalan di Tibet yang mahu mendaki Gunung Everest di tengah-tengah kempen berterusan untuk membersihkan sampah sarap di sekitar kawasan pergunungan tersebut, menurut media tempatan pada Jumaat.
Larangan itu berkuatkuasa terhadap 'pelancong biasa' dan bukan mereka yang mempunyai permit mendaki.
Agensi berita Xinhua melaporkan akses akan ditutup di kawasan Rongpo Monastery yang terletak kira-kira 5,000 meter dari paras laut.
Susulan itu, sebuah kem baharu akan dibuka kepada pelancong yang bakal didirikan kira-kira 2 kilometer dari tapak asal.
Sejak beberapa tahun lalu, puncak tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter itu menyaksikan peningkatan jumlah pelancong dan pendaki.
Pada 2018, angka tersebut meningkat hampir 25 peratus dengan rekod 1,173,072 pengunjung. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!