Pesakit kanser lidah perlu bantuan
TANAH MERAH - Seorang pesakit kanser lidah memerlukan bantuan ekoran penyakitnya kian merebak walaupun pernah membuat rawatan di hospital di kampung Batang Bergedik,Gual Ipoh di sini.
Feiris Khalid, kini hanya mampu terlantar dan tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan ekoran penyakitnya bertambah kronik.
Bapanya, Khalid Bongsu,berkata anak lelakinya itu pernah mendapat rawatan di hospital setelah disahkan mengalami penyakit itu sejak 2016 lalu.
"Feiris pernah dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan di Hospital Pulau Pinang namun masih tidak sembuh.
"Apa yang lebih menyedihkan,dia juga mempunyai dua anak yang masih kecil dan juga isteri yang tidak bekerja," katanya.
Khalid berkata, kini keluarga terbabit hanya mengharapkan bantuan dan memerlukan sumbangan.
"Feiris tidak lagi mampu bekerja kerana keadaanya itu dan saya amat simpati atas nasibnya itu.
"Lagipun dia mempunyai tanggungan ekoran anak-anaknya masih kecil dan bersekolah," katanya.
Sebarang bantuan boleh hubungi talian penghulu di nombor telefon 016-9354841.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!