Niaga hadapan emas tidak didagangkan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi awal urus niaga pagi Jumaat.
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi awal urus niaga pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi awal urus niaga pagi Jumaat.

Pada jam 9.32 pagi, bulan semerta April 2021 dan Mei 2021 masing-masing disebut harga pada RM233.00 segram, Jun 2021 kekal pada RM225.00 segram dan Julai 2021 pada RM230.00 segram.

Jumlah dagangan tiada sementara kepentingan terbuka berjumlah 10 kontrak.

Pada jam 9.30 pagi, harga emas fizikal meningkat RM1.61 kepada RM222.71 satu gram daripada RM221.10 satu gram pada jam 5 petang Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!