Laporan WHO sangkal khabar angin Barat

Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP
Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengeluarkan laporan penyelidikan yang dilakukan bersama China berhubung punca virus Covid-19.

Laporan itu mengesahkan keputusan diumumkan kumpulan pakar bersama yang menjalankan misi di Wuhan sebelum ini bahawa virus berkenaan diklasifikasikan sebagai “sangat tidak berkemungkinan” tersebar dari makmal.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, laporan tersebut bukanlah pengakhiran, sebaliknya satu permulaan yang amat penting.

"Kita belum menemui asal usul virus. Maka, usaha gigih perlu diteruskan dengan berpandu kepada sains," ujarnya.

Sebelum laporan tersebut diedarkan, sesetengah politikus dan media Barat memberi tekanan kepada WHO supaya pertubuhan itu menuruti telunjuk mereka.

Untuk rekod, China telah dua kali mengundang pakar WHO datang melakukan penyelidikan mengenai punca virus meskipun di tengah tempoh kritikal melawan wabak.

Pakar WHO memuji sikap terbuka, telus dan bertanggungjawab China selain memberi sokongan padu kepada misi mereka di Wuhan.

Tahap keterbukaan China di luar jangkaan, sementara hasil tinjauan di Wuhan juga jauh lebih baik daripada dijangka, kata pakar berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pakar sekali lagi menegaskan pencarian punca virus merupakan misi global yang memerlukan usaha sama semua.

Laporan berkenaan turut mencadangkan pangkalan data (DB) bersatu sejagat diwujudkan bagi mencari kes jangkitan yang mungkin berlaku lebih awal dalam lingkungan lebih luas. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!