Lagi insiden ribuan ikan patin sangkar mati
JERANTUT - Seorang pengusaha ikan patin sangkar di Sungai Pahang di sini berputih mata selepas 6,000 ternakannya itu mati pada Ahad lalu.
Mohamad Kamal Bidin, 56, dari Kampung Bandar dekat Pulau Tawar berkata, ikan patin tersebut baru dua bulan dilepaskan di dalam sangkar tersebut.
Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas hujan beberapa hari tanpa henti menyebabkan air naik mengejut dan bertukar menjadi keruh.
"Saya terkilan kerana semua ikan mati dan tidak sempat untuk membesar dan dijual," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Mohamad Kamal juga memberitahu, dia juga tidak mengetahui punca sebenar ikan itu mati tetapi reda dengan ujian yang dihadapi itu.
Jelasnya, dia sudah beberapa kali berdepan insiden sama sejak mula mengusahakan sangkar tersebut selepas banjir besar pada 2014 lalu hingga kini.
Bagaimanapun, pengusaha ikan itu mendakwa ternakan berkenaan mati akibat air sungai yang mengalir dari Cameron Highlands, Jelai dan Kuala Lipis.
Sebelum ini, kejadian sama juga berlaku di Kampung Lada, Jerantut selepas beberapa pengusaha ikan sangkar mengalami kerugian akibat ribuan ikan patin mereka mati.
ARTIKEL BERKAITAN: Punca ribuan ikan patin mati jadi tanda tanya
Apa punca ribuan ikan patin mati?
Perubahan cuaca antara faktor ikan mati
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!