BeliGas bawa mesej Rasuah Busters dalam semua platform

Panelis Program Rasuah Busters bertajuk ‘Basmi Rasuah: Menurunkan Harga Barang Keperluan Rakyat’. Dari kiri; Hussamuddin, Suthan M dan Anas Zubedy. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Panelis Program Rasuah Busters bertajuk ‘Basmi Rasuah: Menurunkan Harga Barang Keperluan Rakyat’. Dari kiri; Hussamuddin, Suthan M dan Anas Zubedy. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

KAJANG - Syarikat penjualan dan penghantaran gas memasak dalam talian, BeliGas.my mengambil inisiatif membawa mesej Rasuah Busters melalui beberapa platform mereka bagi membantu membanteras rasuah di negara ini.

Pengarah Urusan BeliGas.my, Suthan M berkata, kempen Rasuah Busters itu akan diletakkan di motosikal, lori, uniform kerja, papan iklan yang dipasang di seluruh negara.

Menurutnya kandungan video dimasukkan dalam aplikasi syarikat selain meletakkan pelekat di gas yang dihantar.

Suthan M
Suthan M

“Antara mesej berkenaan ialah iklan ‘Mak Kata Jangan’ dan kita berharap ia akan memberi kesan di peringkat akar umbi serta pengguna.

“Masyarakat juga akan mula faham kenapa kami lakukan ini untuk manfaat komuniti,” katanya selaku panelis pada Program Rasuah Busters bertajuk ‘Basmi Rasuah: Menurunkan Harga Barang Keperluan Rakyat’ di pejabat BeliGas di sini pada Jumaat.

Program itu turut menampilkan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pasukan Teras, Anas Zubedy manakala personaliti televisyen, Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Suthan berkata, bagi mengurangkan gejala rasuah juga pihaknya membawa satu sistem teknologi enterprise dalam syarikatnya.

Artikel Berkaitan:

Hussamuddin, Suthan M, Anas Zubedy dan moderator Ismail Adnan pada program Rasuah Busters yang membincangkan tajuk 'Basmi Rasuah: Menurunkan Harga Barang Keperluan Rakyat'. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

“Kami percaya sistem teknologi enterprise boleh membawa perubahan besar untuk mengurangkan gejala rasuah.

“Disebabkan itu kami keluarkan aplikasi BeliGas ketika kami bermula. Kami tidak bermula secara biasa, kami bangunkan sistem aplikasi kerana melalui sistem aplikasi boleh membawa perubahan, harga semakin baik dimana-mana dan penghantaran juga telus,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga membawa teknologi 'blockchain' yang menjejak penghantaran dan penerimaan gas.

Suthan M menunjukkan pelekat Rasuah Busters yang ditampal pada tong gas. Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Suthan M menunjukkan pelekat Rasuah Busters yang ditampal pada tong gas. Foto Sinar Harian/Rosli Talib

“Penjejakan daripada terminal, sampai ke gudang, kaunter dan terus ke rumah pengguna. Tidak ada yang tertinggal.

“Data ini kami desentralisasi. Kami tidak percaya untuk memberikan kepada satu entiti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!