Rakyat rindu Najib?
MELIHAT kepada sambutan luar biasa terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (DSNR) terutama sejak mempunyai tagline sendiri 'Malu Apa Bossku', Sinar Harian telah membuat satu undian di laman Facebooknya sama ada rakyat rindukan zaman pemerintahan Umno-BN atau tidak.
Menerusi keputusan undian di laman Facebook yang dibuat itu, 78 peratus bersetuju manakala 22 peratus tidak bersetuju jika Umno-BN kembali memerintah.
Antara komen yang bersetuju, Hafiz Nafiah yang merindui Perdana Menteri itu dan akan mengangkat semula Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
"Ya rindu...Kita akan angkat Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke-8 semula dalam masa terdekat... InsyaAllah dengan izin ALLAH," tulisnya.
Perkara itu disokong oleh, Kimi Saidin dan berpendapat Najib sebagai pemimpin sejati.
"Ini baru di namakan pemimpin sejati. Walaupun beliau berhadapan dengan berpuluh kes di mahkamah dan beratus fitnah jahat ditujukan padanya tetapi beliau tetap membela rakyat Malaysia keseluruhan. Aku percaya payah bagi kita boleh berjumpa lagi selepas ini pemimpin yang berjiwa rakyat macam ini.
"Semoga beliau sentiasa di bawah lindungan ALLAH S.W.T," tulisnya.
Selain itu, Naufaa Raneena pula berpendapat, walaupun aku benci dan tak pernah mengundi BN, tetapi parti itu adalah lebih baik daripada kerajaan yang memerintah sekarang.
"Walaupun aku benci dan tak pernah mengundi BN sejak dari aku layak mengundi tapi di bawah BN adalah lebih baik dari di bawah PH," tulis Man Intan.
"Saya tak rindu zaman Najib tapi saya hargai sumbangan dia pada rakyat... Saya yakin akan ada PM Islam yang jauh lebih baik dari PM terdahulu dan sekarang," tulis Naufaa.
Zulkarnain Hussin pula berkata, nak kata rakyat rindu kepada pemerintahan Umno, BN atau Najib belum tentu betulnya.
"Tetapi yang betul lagi sahih adalah rakyat begitu menyampah dengan cara Pakatan Harapan DAP memerintah (sekarang)," tulisnya.
Manakala bagi Muhammad Fadzli Isa pula berpendapat, sama ada Umno atau Pas, parti tidak bermasalah tetapi mahukan pemimpin yang lebih berintegriti, berwawasan dan ikhlas dalam meminpin negara.
"Sama ada Umno atau Pas parti tidak bermasalah... Tapi kalau pemimpin yang gagal/korup tak payahlah buat 'comeback'... Kalau ada muka-muka baharu yang lebih berintegriti, berwawasan,ikhlas. Contohnya Tok Mat (Datuk Mohamad Hassan) atau KJ (Khairy Jamaluddin) tiada masalah, rakyat boleh terima," tulisnya.
Zal Ferlyz pula berpendapat rakyat bukan sukakan Najib tapi kecewa dengan kerajaan sekarang, PH.
"Rakyat bukan sukakan Najib sangat tapi kecewa dengan PH... Yang janji ke bulan tak tunaikan... Jadi pilihan sekarang adalah Najib untuk hiburkan hati rakyat yang duka lara, kerana kecewa," tulis Zal Ferlyz.
Muhammad Izham pula berpendapat, Umno tidak akan memerintah selagi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua.
"Ahahaha, Kelakarlah... Umno tidak akan memerintah selagi Zahid dan Najib ketua... Tapi andai bertukar ketua baru, macam-macam boleh berlaku...Seandainya orang yang sama undi masa PRU15 nanti... Kira rugi juga," tulisnya.
Ia turut disokong Abd Ghafar kerana katanya, tidak mungkin DSNR tapi rakyat merasa sudah tertipu olih janji PH barangkali rakyat ingin gabungan PAS/UMNO jadi realiti.
"Seterusnya jadi kerajaan kalau tak percaya cuba bubar parlimen siapa rakyat pilih," tulis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!