Perak FC II kejutkan Selangor 2

Barisan pemain Perak FC II meraikan kemenangan ke atas Selangor 2 di Stadium Perak petang tadi.
- Foto FB Perak FC
Barisan pemain Perak FC II meraikan kemenangan ke atas Selangor 2 di Stadium Perak petang tadi. - Foto FB Perak FC
A
A
A

PERAK FC II mempamerkan kebangkitan dramatik pada lewat perlawanan sebelum melakar kemenangan 4-3 ke atas Selangor FC 2 dalam aksi Liga Premier di Stadium Perak, Ipoh petang tadi.

Bermula garang sebaik wisel permulaan, Perak FC II tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Royizzat Daud pada minit ke-6 sebelum dua minit berselang giliran Zulkiffly Zakaria pula meledak gol kedua skuad The Bos Gaurus itu.

Tersentak dengan dua jaringan pantas itu, kesebelasan Selangor FC II mula bangkit mengatur serangan ke gawang Perak dan hasilnya Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-35 diikuti jaringan Muhammad Syazwan Salihin paa minit ke-39.

Babak kedua menyaksikan Selangor FC II semakin menggandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-52, pemain pertahanan Harith Haiqal Adam Afkar menjaringkan gol ketiga skuad The Red Giants itu.

Bagaimanapun pemain gantian, Muhammad Nazmi Ahmad berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Perak FC II pada minit ke-62.

Terikat 3-3 menyaksikan kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan dalam usaha menjaringkan gol kemenangan pasukan dan tuah nyata memihak kepada skuad The Bos Gaurus apabila penyerang, Mohd Zulkiffli Zakaria menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-82 bagi mengesahkan kemenangan pasukan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!