Kelantan FC tak gentar Sarawak United

Ragini mempunyai ramuan tersendiri apabila Kelantan FC menanti kunjungan Sarawak United pada Sabtu. - Foto FB TRW Kelantan FC
Ragini mempunyai ramuan tersendiri apabila Kelantan FC menanti kunjungan Sarawak United pada Sabtu. - Foto FB TRW Kelantan FC
A
A
A

KELANTAN FC sudah bersedia berdepan dengan Sarawak United pada saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu.

Pengendali Kelantan FC, Marco Ragini berkata, anak-anak buahnya tidak gentar dengan pasukan lawannya itu walaupun berbeza kedudukan dalam saingan liga ketika ini.

"Saya tahu Sarawak United mungkin pasukan terbaik dalam liga pada masa ini tetapi semua pasukan perlu berani berhadapan dengan mereka.

"Kami tidak bersedia apabila bertemu PDRM (Polis Diraja Malaysia) buat pertama kali tetapi kini pasukan kami sudah bersedia dan kami tidak gentar,” katanya di Kota Bharu pada Jumaat.

Kelantan FC ketika ini berada di kedudukan keenam dengan memperoleh tujuh mata selepas empat perlawanan manakala Sarawak United berada di tangga kedua dengan mengumpul 10 mata menerusi empat perlawanan apabila memperoleh tiga kemenangan dan satu perlawanan seri.

Dalam masa sama, jurulatih berusia 54 tahun itu berkata, beliau yakin kemampuan pemainnya berdepan pasukan Sarawak United meskipun pasukannya baru dibentuk hanya enam bulan.

“Buat masa ini saya gembira dengan pemain muda saya. Mereka telah menunjukkan peningkatan dan mereka lebih berkeyakinan untuk bermain sekarang,” kata beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!