Ibu simpan cebisan paru-paru anak kena tikam

Seorang daripada adik-beradik mangsa menunjukkan tempat mangsa ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tikaman di rusuk kanan depan rumahnya di Kampung Desa Makmur, Majidee di sini pada Jumaat.
Seorang daripada adik-beradik mangsa menunjukkan tempat mangsa ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tikaman di rusuk kanan depan rumahnya di Kampung Desa Makmur, Majidee di sini pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Ibu kepada lelaki yang ditemui mati dengan kesan kelar di leher serta tikaman di rusuk kanan menyimpan cebisan paru-paru anaknya itu untuk dikebumikan bersama jenazah.

Berkongsi kejadian menyayat hati itu, Samsinar Bujang, 63, berkata, dia menyedari kejadian menimpa anaknya, Ruhaizat Rusli, 26, ketika sedang mengambil wuduk untuk solat Subuh di rumahnya.

"Saya terdengar suara perempuan menjerit dengan kuat. Saya sangka jeritan itu dari lebuh raya berdekatan kerana tidak mungkin anak menantu saya yang menjerit.

"Anak sulung saya, Rudiriadi Rusli, 41, keluar rumah selepas mendapati isteri Ruhaizat menjerit meminta tolong," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Desa Makmur, Majidee di sini pada Jumaat.

Menurutnya, Rudiriadi kemudian ternampak Ruhaizat terbaring di tepi jalan depan rumah dan dia kemudiannya bergegas membawa mangsa yang sedang nazak ke hospital dengan kereta.

"Saya turut mengikut Rudiriadi ke hospital dengan menunggang motosikal sendiri" katanya.

Katanya, sebaik tiba di hospital, dia dimaklumkan anaknya itu sudah meninggal dunia.

"Saya melihat mayatnya dan sempat menciumnya. Saya lap darah di kaki dan nampak kesan kelar di leher dan dadanya.

Artikel Berkaitan:

"Ketika itu ada cebisan paru-paru dan saya simpan untuk dikebumikan bersama jenazah," katanya.

Samsinar berkata, Ruhaizat bersama isteri dan seorang anak mereka tinggal bersamanya di rumah tersebut.

"Kami tinggal bersama termasuk tiga lagi anak saya.

"Sebelum kejadian, anak saya dan isterinya itu tidak ada masalah," katanya.

Menurut Samsinar, polis ada menemui menantunya yang berusia 30-an untuk mendapatkan maklumat dan siasatan kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, hasil pemeriksaan polis menemukan sebilah pisau pemotong kertas satu serpihan mata pisau di tempat kejadian.

"Pihak polis sudah menahan isteri mangsa untuk membantu siasatan.

"Soal siasat akan dilakukan bagi mengetahui motif kejadian tersebut dan saksi bebas akan dikesan bagi membantu siasatan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki ditemui dengan kesan kelar, isteri disiasat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!