Unisel sahut seruan SPRM bebas rasuah

Kakitangan Unisel melafazkan ikrar bebas rasuah di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Kuala Selangor.
Kakitangan Unisel melafazkan ikrar bebas rasuah di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Kuala Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 244 orang kakitangan akademik dan pentadbiran Universiti Selangor (Unisel) menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) buat pertama kali di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai di sini.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, program tersebut melambangkan Unisel komited menyahut seruan kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan setiap kakitangan bebas daripada gejala rasuah.

Menurutnya, setiap kakitangan Unisel tidak hanya melafaz ikrar semata-mata, namun ia perlu dihayati dan dipraktikkan agar universiti tersebut lebih cemerlang kelak.

Mohammad Redzuan melafazkan ikrar bebas rasuah (IBR) di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Kuala Selangor.
Mohammad Redzuan melafazkan ikrar bebas rasuah (IBR) di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Kuala Selangor.

“Agenda integriti dijadikan teras dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Lafaz IBR Unisel diketuai oleh Dr Mohammad Redzuan dan diteruskan dengan majlis menandatangani IBR yang disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Alias Salim.

Hadir sama pada masjlis itu ialah Ketua Kluster Tadbir Urus Menteri Besar Incoperated (MBI), Anas Sulaiman, wakil SPRM Selangor dan MBI Selangor serta barisan pengurusan tertinggi Unisel.

Artikel Berkaitan:

Alias Salim (kanan) ketika sesi menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Kuala Selangor.
Alias Salim (kanan) ketika sesi menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Kuala Selangor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!