Sukarelawan Geng Plastik Ija
03 April 2021 09:20am
Masa membaca: 4 minit
Sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) memungut pelbagai jenis sampah sarap seperti botol plastik ketika ditemui di Pantai Pandak.
Sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) memungut pelbagai jenis sampah sarap seperti botol plastik di sekitar pantai ketika ditemui di Pantai Pandak.
Sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) membawa sampah yang dikumpul ketika ditemui di Pantai Pandak.
Sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) memungut pelbagai jenis sampah sarap seperti botol plastik dan bekas makanan yang terdapat di sekitar Pantai Pandak.
Sampah di sekitar pantai yang berjaya dikumpul oleh sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) ketika ditemui di Pantai Pandak.
GPI yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional di negeri ini mengambil inisiatif mengutip sampah dan membersihkan kawasan pantai serta pulau pada hujung minggu.Aktiviti kesukarelawanan tersebut dijalankan sejak 2017 bagi memastikan pantai di negeri yang sinonim dengan pelancongan pantai dan pulau itu kekal bersih tanpa sampah sarap yang dihanyutkan ombak atau yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab.
Selain daripada tanggungjawab fardu kifayah, aktiviti tersebut juga dapat dijadikan contoh baik sekaligus membuka mata masyarakat untuk turut sama menjaga kebersihan pantai.