Ungkapan 'abang' tanda hormat, bukan lemah: Hishammuddin
SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan, hubungan Malaysia dan China berdasarkan kepercayaan dan persamaan bersama.
Hishammuddin berkata, ungkapan beliau bukan merujuk kepada perhubungan dua hala yang kuat di antara dua negara.
“Menghormati Wang Yi yang lebih tua, dan Menteri Luar Negeri yang lebih senior; oleh itu 'abang' kepada saya secara peribadi.
“Bersikap hormat tidak menandakan kelemahan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.
Tambah beliau, Malaysia tetap merdeka, berprinsip dan pragmatik dari segi dasar luar negara berasaskan kepada nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan serta kesaksamaan.
“Kami akan terus memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat negara yang adil dan saksama,” ujarnya.
Pada Sabtu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin yang menyifatkan negara China sebagai ‘big brother’ kepada Malaysia ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, ia bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia hanya sebagai boneka asing.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!