Polis Kelantan buru empat remaja perempuan

Video tersebut menunjukkan seorang remaja perempuan memukul dan menyepak mangsa sambil disaksikan rakan-rakannya. Gambar kecil: Shafien Mamat
Video tersebut menunjukkan seorang remaja perempuan memukul dan menyepak mangsa sambil disaksikan rakan-rakannya. Gambar kecil: Shafien Mamat
A
A
A

PASIR MAS - Polis Kelantan giat memburu empat remaja perempuan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul yang tular di media sosial pada Jumaat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah digerakkan untuk mengesan kesemua suspek terlibat dalam pergaduhan itu.

"Setakat ini, motif kejadian masih belum diketahui," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, saksi kejadian dinasihatkan hadir ke IPD Tanah Merah sebelum tindakan mengesan dan tangkapan dilakukan.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sejak Jumaat malam, tular video berdurasi 30 saat menunjukkan tiga remaja perempuan mengelilingi seorang mangsa yang juga remaja dipercayai berusia sekitar belasan tahun di dalam satu kawasan semak dipercayai di Tanah Merah.

Rakaman video berkenaan menunjukkan dua remaja perempuan bertindak menyepak mangsa yang tidak membalas dan hanya berdiam diri.

Daripada perbualan remaja-remaja itu dalam dialek Kelantan dapat dikenal pasti bahawa perbalahan berpunca akibat rasa tidak puas hati sesama mereka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!