Mohd Aiman ramal cabaran getir
PELUMBA Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Mohd Aiman Tahiruddin menjangkakan dirinya akan berdepan cabaran getir pada perlumbaan akhir kategori CP150 bagi pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 di Litar Sepang Utara, esok.
Menurut Mohd Aiman, biar pun dirinya membuat kejutan apabila menguasai sesi kelayakan CP150 hari ini, namun perbezaan masa yang dicatatkannya dilihat terlalu hampir dengan pelumba-pelumba lain.
“Perlumbaan akhir nanti pasti mencabar. Melihatkan catatan masa dari pelumba-pelumba lain, hanya 0.5 saat membezakan kedudukan saya dengan 15 pelumba terpantas sesi kelayakan tadi.
"Apa pun, saya bersyukur dapat menunaikan hajat saya untuk melayakkan diri ke sesi SuperPole esok,” katanya.
Mohd Aiman mencatatkan 1’16.736s saat-saat terakhir sesi kelayakan CP150 hari ini manakala seorang lagi pelumba CKJ Racing, Mohd Affendi Rosli, muncul selaku pelumba ketiga terpantas dengan catatan masa 1’17.052s dibelakang pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar yang mencacatkan 1’17.010s.
Azroy turut mencatat rekod bagi lap terpantas dengan catatan masa 1'16.426s kali ini.
Sesi kelayakan CP125 pula dikuasai dari Ipone pelumba Yamaha YY Pang Racing Team, Mohd Adib Rosley dengab catatan catatan masa 1’22.19, disusuli juara bertahan CP125, Mohd Syafiq Rosli dengan catatan masa 1’22.709s serta Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (1’22.748s.)
Sementara itu dalam kategori Wira KBS, pelumba Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing, Syamil Amsyar M. Iffende dilihat turut dominan bagi kategori berkenaan hinggakan Wira KBS mendahului sesi kelayakan kategori berkenaan dengan catatan masa 1’24.864s.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!