'Bukan pakej pelaburan kami'

Hijrahwealth Management Sdn Bhd menafikan satu promosi pakej pelaburan di bawah Hijrah Investment Plan yang sedang tular di media sosial.
Hijrahwealth Management Sdn Bhd menafikan satu promosi pakej pelaburan di bawah Hijrah Investment Plan yang sedang tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Hijrahwealth Management Sdn Bhd menafikan satu promosi pakej pelaburan di bawah Hijrah Investment Plan yang sedang tular di media sosial.

Pengarahnya, Rohani Mohd Shahir berkata, promosi tersebut memaparkan beberapa pakej yang ditawarkan antaranya Silver, Gold dan Platinum.

"Promosi itu turut menyatakan modal pelaburan sebanyak RM300, RM1,300, RM3,000 dan pulangan yang dijanjikan adalah dalam masa 24 jam sebanyak RM9,800, RM27,000 dan RM51,000.

"Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menggunakan logo syarikat, salinan Sijil Pendaftaran Syarikat kami dengan niat menarik perhatian orang ramai untuk melabur dengan menjanjikan pulangan yang tinggi dan tidak munasabah dalam tempoh hanya 24 jam," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Rohani berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Kami berharap orang ramai tidak terperdaya dengan tipu daya scammer ini.

"Logo-logo lain yang terdapat di iklan ini termasuk logo Bank Negara Malaysia, Bursa Kuala Lumpur, Patuh Syariah, Angkasa dan tanda Halal Jakim," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak HijrahWealth di 03-4270 5740/4740 atau talian hotline 011-5357 1263 / 011-2367 1805 untuk keterangan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!