Pas konsisten perjuangkan penyatuan ummah

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Faizi Ahmad Kamil
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pas tetap konsisten dengan pendirian meneruskan agenda penyatuan ummah orang Melayu Islam termasuklah kerjasama dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, bukan mudah untuk menyatukan semua pihak lebih-lebih lagi di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Namun pendirian Pas seperti yang dinyatakan oleh Presiden Pas bahawa penyatuan ummah mesti diutamakan.

"Hasrat penyatuan ummah mestilah ia dilihat dari di luar kepentingan parti politik, jika parti politik menjadi keutamaan maka perkiraannya akan menjurus kepada kepentingan parti politik masing-masing," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Khairul Faizi yang juga Ketua Penerangan PN Johor berkata, penyatuan ummah ini perlu diselesaikan segera kerana bimbang ia akan menjadi tanda tanya dan salah faham di peringkat akar umbi kelak.

"UMNO dan Pas telah melalui satu tempoh persengketaan yang lama namun penyatuan ummah melalui Muafakat Nasional telah menyatukan kedua-dua parti ini.

"Sudah tiba masanya untuk UMNO dan Bersatu melalui proses penyatuan ini yang saya pasti akan menggembirakan masyarakat Melayu Islam di tanahair ini.

Pada Jumaat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, Pas menolak sebarang agenda peribadi yang hanya untuk menyelamatkan pemimpin serta anggotanya namun tidak menyelesaikan masalah negara serta rakyat.

Artikel Berkaitan:

Abdul Hadi berkata, parti tersebut juga menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional.

Pas turut menolak politik yang menghabiskan masa dan juga menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

“Kami juga menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!