KMJ 2018 melabuhkan tirai
KMJ 2018 yang memasuki edisi ke-21 itu, menyaksikan Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri kereta klasik beroda tiga Morgan merentasi laluan sejauh 777km selain memandu kereta api dari Stesen Kluang ke Stesen Segamat.
Padang Awam Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang di sini, menjadi destinasi terakhir jelajah KMJ 2018 pada kali ini.
Terdahulu rombongan keluarga Diraja Johor itu berangkat memulakan KMJ 2018 hari terakhir berlepas ke daerah Pontian sebelum singgah di Kampung Sri Gunung Pulai, Kulai.
Turut berangkat hadir, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada jam 12.45 tengah hari itu disusuli majlis santapan serta keluarga Diraja Johor melawat pameran dan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.
Sultan Ibrahim bersama keluarga dan kerabat diraja serta rombongan KMJ 2018 kemudiannya berangkat pulang meninggal majlis sekitar jam 1.20 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!