[DIKEMASKINI] Jimmy Puah dicadang bertanding di Parlimen Tebrau

Jimmy Puah
Jimmy Puah
A
A
A

JOHOR BAHRU - Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse tidak menolak mungkin bertanding di Parlimen Tebrau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas penyandangnya, Steven Choong Shiau Yoon melompat parti pada Februari lalu.

Jimmy Puah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu berkata, perkara tersebut ada dicadangkan beberapa pihak dalam PKR Johor namun beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

"Memang ada cadangan tapi saya kata kepada mereka, itu bukan keputusan saya dan terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

"Kalau parti rasa ada keperluan dan sesuai untuk letak saya pergi (bertanding) di kerusi pengkhianat iaitu di Parlimen Tebrau, saya tak boleh tolak. Saya akan ikut sahaja arahan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada pemandu-pemandu teksi di pekarangan Mart Kempas di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN:PKR mohon maaf dua ahli Parlimennya lompat parti

Pada 28 Februari lalu Shiau Yoon menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali gus meninggalkan PKR.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar mengisytiharkan keluar PKR pada 24 Februari tahun lalu dan mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 6 Ogos lalu.

PKR Johor memenangi tujuh daripada lapan kerusi parlimen yang ditandingi pada PRU-14 di Johor, selain Shiau Yoon dan Dr Santhara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, Dr Chong Fat Full turut melompat parti serta menyatakan sokongan kepada kerajaan PN Johor pada 4 Mac tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa ditawar jawatan, Steven Choong sedia disiasat

Mengulas lanjut, Jimmy Puah berkata, menerusi lawatannya ke PKR Cabang Tebrau pada Jumaat, parti itu masih mendapat 99 peratus sokongan akar umbi dan yakin PKR akan dapat mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15.

Jimmy Puah (dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada pemandu teksi di pekarangan Mart Kempas, Kempas, Johor Bahru pada Ahad.
Jimmy Puah (dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada pemandu teksi di pekarangan Mart Kempas, Kempas, Johor Bahru pada Ahad.

Beliau mendakwa, tindakan Shiau Yoon tidak memberi kesan besar terhadap cabang berkenaan kerana hanya tiga atau empat ahli parti yang bertindak mengikut langkahnya untuk keluar parti.

Pihaknya juga sudah melawat PKR Cabang Segamat dan Sekijang baru-baru ini sekali gus melantik penyelaras khas di daerah tersebut dan calon-calon untuk bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Selain itu katanya, PKR Johor akan menambah jumlah bilangan kerusi DUN yang akan ditandingi pada PRU15 dan perbincangan mengenai perkara itu akan dilakukan bersama parti komponen PH Johor.

"PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) DAP di negeri ini akan berbincang pengagihan 18 kerusi DUN yang sebelum ini ditandingi Bersatu pada PRU14. Kerusi ini akan dibahagi mengikut kesesuaian dan faktor tertentu termasuk PKR akan menempatkan calonnya di pantai timur Johor," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses saman RM10 juta PKR ikut prosedur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!