Neelofa, suami berdepan kompaun jika terbukti langgar SOP

Abdul Hamid - Foto Bernama
Abdul Hamid - Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dikompaun jika siasatan polis mendapati kunjungan pasangan itu ke Pulai Langkawi melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, hanya mendapat kebenaran merentas negeri untuk urusan kerja namun tular di media sosial gambar pasangan tersebut yang kelihatan seperti bercuti.

"Kalau kita dapati dia gagal kemukakan bukti, kita akan kompaun dia. Pegawai penyiasat akan bertanya kepada dia apa dia buat di situ, adakah itu sebahagian daripada kegiatan perniagaan dia.

"Itu macam santai-santai sahaja, jadi tidak boleh kerana dia datang dari negeri yang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) untuk datang ke kawasan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), dia tidak boleh langgar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seksyen K9 Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini pada Ahad yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.



ARTIKEL BERKAITAN Chatime sahkan Neelofa, PU Riz ke Langkawi urusan kerja



Polis beri kebenaran Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!