Hishammuddin langgar adat diplomatik: Anifah

Anifah Aman
Anifah Aman
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memanggil rakan sejawatnya dari China, Wang Yi sebagai ‘big brother’ disifatkan sebagai melanggar adat diplomatik.

Menurut bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman, ungkapan yang digunakan oleh Hishammuddin itu bukan sekadar tidak sesuai malah dengan jelas meletakkan Menteri Luar China itu dalam kedudukan sukar dan memalukan.

“Bahasa badan Wang Yi ketika itu sudah cukup menunjukkan segala-galanya dan beliau dengan segera membalas kita bersaudara.

“Sebagai seorang diplomat tertinggi Malaysia, Hishammuddin seharusnya lebih berhati-hati dan bijak memilih perkataan yang sesuai.

“Ini kerana ada pepatah mengatakan diplomasi merupakan barisan pertahanan pertama sesebuah negara,” katanya dalam satu kenyataan di laman Faceboknya pada Ahad.

Sebelum ini, kata-kata Hishammuddin itu menerima kritikan pengguna media sosial yang melihatnya sebagai kepatuhan Malaysia kepada China yang berisiko menjejaskan kepentingan negara.

Namun, Hishammuddin menjelaskan, ungkapan tersebut hanya sebagai tanda hormat dan tidak merujuk kepada hubungan dua hala di antara Malaysia dan China.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Anifah berkata, Hishammuddin harus menerima hakikat bahawa tindakan beliau itu melanggar adat diplomatik dan bukannya cuba berhujah untuk memperbetulkan tindakannya.

Artikel Berkaitan:

“Perbuatan Hishammuddin yang telah melanggar adat diplomatik dan cuba berhujah memperbetulkan tindakannya jelas menunjukkan watak sebenar beliau," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ungkapan 'abang' tanda hormat, bukan lemah: Hishammuddin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!