SkyWorld bina rumah taman dalam bandar
SHAH ALAM- SKyWorld Development Group memperkenalkan SkySanctuary yang merupakan rumah taman dalam bandar di Setapak, Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Chee Seng berkata, SkySanctuary dilengkapi dengan lima unsur yang terhasil daripada beberapa komponen yang dapat menghasilkan sebuah bandar.
Antaranya, rumah dua tingkat yang dikenali sebagai Square Park, pandu lalu F&B, taman dua musim (Taman Musim Gugur dan Taman Blossom) dan Central Park sebuah kawasan hijau seluas tiga ekar yang eksklusif.
“Kami ingin terus meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup yang tinggal di sekitarnya dan memperkenalkan taman hidup sebagai tema utama kedua pembangunan bersepadu.
“Pembangunan ini dibina untuk penduduk melarikan diri dari kemajuan bandar dan bercita-cita untuk hidup dalam alam semulajadi,” katanya pada Ahad.
Dalam pada itu, SkyWorld akan memastikan penduduk yang tinggal di SkySanctuary akan merasai ruang hijau yang luas, menjalinkan ikatan yang luar biasa dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan menerusi tiga taman besar.
Chee Seng berkata, mercu tanda SkySanctuary yang memperagakan reka bentuk ramping yang dilengkapi dengan kekemasan yang berkilau dan menjadi pintu masuk seluruh taman.
“Kita akan disambut dengan jalan yang seluas 380 meter yang menuju ke degupan jantung (heart beat) SkySanctuary iaitu Central Park yang membawa kepada ketenangan.
“Kediaman di SkySanctuarty akan diapit dengan alam yang subur yang menghadap kepada Central Park,” ujarnya.
Tambah beliau, EdgeWood Residence merupakan pembangunan fasa kediaman pertama yang akan dilancarkan seluar 3.79 ekar.
“EdgeWood akan dilengkapi dengan kemudahan seperti resort yang menampilkan Galeri Spa Air panas dan sejuk, kolam renang, gimnasium dan pavilion yang dikelilingi oleh kehijauan yang subur.
“Turut dilengkapi dengan dapur gourmet (gourmet kitchen) dan tempat mengecas kenderaan elektrik.
“SkySanctuary yang bertempat di Setapak mempunyai pelbagai kemudahan seperti pasaraya, hospital bahkan berdekatan dengan Light Rapid Transit (LRT),” katanya.
SkySanctuary akan menjadi kawasan yang meriah jauh lebih baik daripada Menara Berkembar Petronas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!