ZPP tak pernah abai keluarga ibu tunggal

Ibu tunggal 10 anak yang dilaporkan dihalau dari rumah sewanya baru-baru ini merupakan penerima bantuan Zakat Pulau Pinang sejak 2011 hingga kini.
Ibu tunggal 10 anak yang dilaporkan dihalau dari rumah sewanya baru-baru ini merupakan penerima bantuan Zakat Pulau Pinang sejak 2011 hingga kini.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Ibu tunggal 10 anak yang dilaporkan dihalau dari rumah sewanya baru-baru ini merupakan penerima bantuan Zakat Pulau Pinang sejak 2011 hingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang Amran Hazali berkata, antara bantuan yang diberi kepada wanita yang dikenali sebagai Rosliza itu ialah Bantuan Kewangan Bulanan berjumlah RM500 dan Bantuan Kewangan Makanan Bulanan berjumlah RM200.

"Mereka juga menerima bantuan one-ff untuk persekolahan, bantuan Nur Ramadan serta banyak bantuan khas lain berjumlah keseluruhan RM90,000.

"ZPP juga akan sentiasa mengemaskini kadar jumlahnya mengikut kesesuaian semasa dan memastikan keluarga ini dapat menjalani kehidupan dengan baik selain mahu anak-anak mereka tidak tercicir dalam pendidikan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN MP bantu ibu anak 10 kena halau rumah sewa

Amran berkata, selama ini Rosliza sentiasa memberikan kerjasama yang baik semasa berurusan dengan ZPP dan disebabkan itu JPP tidak pernah mengabaikan kebajikan keluarganya yang sangat memerlukan bantuan.

Bagaimanapun Amran berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai isu dia diarah kosongkan rumah sehingga tular dan mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Katanya, perkara itu telah dibincangkan bersama Steven Sim dan mereka sedang mencari mekanisme terbaik untuk membantu keluarga berkenaan.

"Buat masa ini, pihak ZPP difahamkan Rosliza sedang mengalami gangguan emosi ekoran tumpuan masyarakat seluruh negara ke atas dia sekeluarga dan meminta tidak diganggu.

Artikel Berkaitan:

"ZPP akan memberikan masa secukupnya dan akan mempertimbangkan tambahan bantuan lain pula," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dihubungi akan melihat keperluan dan bantuan sewajarnya yang boleh diberikan kepada keluarga terbabit.

"Buat masa ini kita tidak dapat lagi bertemu dengan wanita berkenaan kerana dia memerlukan masa untuk bertenang.

"Sebaik kita dapat berjumpa dan mengumpul maklumat, JKM akan melihat bantuan yang layak diberikan kepada keluarga berkenaan terutama untuk anak-anak yang masih kecil," katanya.

Untuk rekod bantuan yang disediakan JKM untuk kanak-kanak ialah bagi enam tahun ke bawah sebanyak RM200 seorang manakala bagi umur 18 hingga 15 tahun sebanyak RM150.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!