Tapak pelupusan sampah mampu bertahan 20 tahun lagi

Datin Seri Wan Hasni ( dua dari kanan) membuang sampah kitar semula sebagai simbolik pelancaran Program KITARecycle SWM Environment dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan pada Isnin.
Datin Seri Wan Hasni ( dua dari kanan) membuang sampah kitar semula sebagai simbolik pelancaran Program KITARecycle SWM Environment dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan pada Isnin.
A
A
A

SEREMBAN- Tapak pelupusan sampah di Cypark Resources Bhd, Ladang Tanah Merah Port Dickson, mampu beroperasi dalam tempoh 20 tahun lagi.

Pengarah SWCorp negeri, Muhammad Yusuf Ahmad berkata, setakat ini pusat pelupusan sampah di Negeri Sembilan mencukupi dan tidak mempunyai sebarang masalah.

"Kita jangka tempat itu boleh bertahan dalam tempoh 20 tahun lagi. Dalam sehari kita menghantar sampah domestik ke situ sebanyak 800 tan metrik dari Seremban, Nilai dan Port Dickson dan pihak operator akan menguruskan sampah secara sistematik.

"Kita juga menjangkakan loji pemprosesan dan pemulihan sisa pepejal, Solid Waste Modular Advanced Recovery and Treatment (Smart) sisa kepada tenaga (WTE) akan beroperasi tidak lama lagi yang akan lebih memudahkan kerja pelupusan," katanya di Program KITARecycle SWM Environment dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan pada Isnin.

Muhammad Yusuf
Muhammad Yusuf

Hadir sama, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), Mohd Norlisam Mohd Nordin dan Yang Dipertua Badan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat (BAKRIYAH) Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof.

Dalam pada itu, Mohd Norlisam berkata, sebanyak 18 pantai di Port Dickson mula dibersihkan seawal jam 6 pagi, bagi memastikan kawasan pesisiran pantai bersih.

"Kita juga menggunakan jentera khas seperti 'beach comber' dalam usaha menangani lambakan sampah di pesisiran pantai sekiranya berlaku fenomena air pasang besar.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, satu cabaran untuk membersihkan pantai di Port Dickson apabila terdapat sampah hanyut ketika berlaku pertukaran musim, walau pun pantai sudah dibersihkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!