PGA perketat kawalan sempadan supaya Geng Nicky tidak lolos

Abd Rahim menurunkan tandatangan simbolik kepada perasmian Markas PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, di Kota Bharu.
Abd Rahim menurunkan tandatangan simbolik kepada perasmian Markas PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketatkan kawalan sempadan Malaysia dalam usaha mengekang Geng Nicky lolos ke luar negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, pemantauan itu merangkumi semua 'laluan tikus' yang terdapat di sempadan negara selama 24 jam sehari.

"Kita ambil serius perkara ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Markas PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, di sini pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), Datuk Kasuahdi Ali dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Menurutnya, kesemua maklumat dan gambar berkaitan suspek telah diedar kepada seluruh anggota PGA.

Beliau berkata, PGA akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kesemua suspek tidak lolos ke luar negara.

Sinar Harian 30 Mac lalu melaporkan polis melumpuhkan sindiket jenayah terancang Geng Nicky yang didalangi Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee menerusi 70 serbuan pada 20 hingga 28 Mac lalu.

Serbuan di sekitar Lembah Klang dan Selangor oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 itu bertindak menahan 118 individu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: PDRM mohon kerjasama Interpol buru Nicky Liow

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tindakan tegas terhadap 34 pegawai 'dibela' Nicky Liow

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!