KPDNHEP laksana projek rintis teknologi retort dalam masa terdekat

Alexander menyempurnakan gimik perasmian Food Bank Siswa di UniKL BMI di Gombak pada Isnin.
Alexander menyempurnakan gimik perasmian Food Bank Siswa di UniKL BMI di Gombak pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan projek rintis teknologi 'retort' dalam masa terdekat dan telah menempah dua buah mesin berharga RM70,000.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan inisiatif itu akan menyelamat dan meningkatkan jangka hayat lebihan makanan iaitu yang masih baik dan belum disentuh daripada industri perhotelan dan katering daripada terus dibazirkan.

"Projek rintis ini akan dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia, Perlis dan Hotel Primula, Terengganu sebelum akan diperluaskan lagi.

"Oleh itu, kita sarankan lebih banyak hotel tampil mengambil bahagian dalam inisiatif ini kerana kita tahu banyak lebihan makanan yang boleh dimanfaatkan nanti," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Foodbank Siswa Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) di Gombak di sini pada Isnin.

Alexander (dua dari kiri) membuat tinjauan di 'Fiod Pantry Cabin' UniKL BMi selepas melancarkan program Food Bank Siswa di universiti itu di Gombak pada Isnin.
Alexander (dua dari kiri) membuat tinjauan di 'Fiod Pantry Cabin' UniKL BMi selepas melancarkan program Food Bank Siswa di universiti itu di Gombak pada Isnin.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden (Pembangunan Mahasiswa dan Gaya Hidup Kampus) UniKL BMI, Profesor Datuk Dr Khairanum Subari.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, projek rintis itu dijalankan di bawah program Food Bank Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun 2018 sebelum diperluaskan kepada golongan mahasiswa menerusi program Food Bank Siswa pada tahun 2019.

Katanya, program Food Bank Malaysia menjadi platform membentuk semangat dan budaya kesukarelawan dalam kalangan rakyat untuk membantu golongan yang memerlukan dan mengelakkan pembaziran makanan.

Artikel Berkaitan:

Alexander berkata, dengan pelancaran program Food Bank Siswa itu, UniKL BMI muncul sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) swasta pertama melaksanakan program tersebut di negara ini.

"Sebelum ini ia hanya dilancarkan di IPT awam, sekali gus menjadikan UniKL BMI sebagai IPT yang ke-26 melaksanakan program ini.

Pelajar yang menerima bantuan makanan bersama Alexander selepas pelancaran Program Fiod Bank Siswa di UniKL BMI di Gombak pada Isnin.
Pelajar yang menerima bantuan makanan bersama Alexander selepas pelancaran Program Fiod Bank Siswa di UniKL BMI di Gombak pada Isnin.

"Kita perluaskan program ini ke IPT swasta kerana kita dapat banyak bantuan daripada penyumbang-penyumbang," katanya.

Menurutnya, antara penyumbang terlibat ialah Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd, Sri Ternak Food Mart Sdn Bhd, SPL Wholesale (M) Sdn Bhd, 99 Speed Mart Sdn Bhd, Big Supermarket Sdn Bhd dan Kumpulan Legasi Z Sufi.

Katanya, pelaksanaan Program Food Bank Siswa itu menggunakan konsep 'Food Pantry Cabin' di mana pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UniKL BMI menyediakan tempat penyimpanan makanan kering untuk diagihkan kepada pelajar mengikut jadual ditetapkan.

"Seramai 200 mahasiswa UniKL BMI dikenal pasti sebagai penerima program tersebut.

"Secara keseluruhannya sejak program Food Bank Siswa dijalankan pada tahun 2019 hingga Mac lalu, seramai 17,754 mahasiswa telah mendapat manfaat daripada program ini yang telah dilaksanakan di 25 buah IPT seluruh negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!