CBP AS mohon Top Glove buat penambaikan dan kerja-kerja verifikasi
KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) telah meminta Top Glove Corporation Bhd untuk menjalankan kerja-kerja penambaikan dan verifikasi tambahan berhubung dengan penemuan awal mengenai isu buruh paksa yang didakwa ke atas syarikat itu.
Top Glove berkata kerja-kerja penambahbaikan dan pengesahan tambahan itu berkaitan dengan dokumen pengenalan yang disimpan oleh ejen pengambilan tenaga kerja agar dikembalikan kepada pekerja, ini hanya menjejaskan kurang daripada satu peratus pekerjanya dan mengimbangi pekerja yang tidak dapat datang ke Malaysia akibat sekatan Covid-19.
"Top Glove sedang berusaha untuk menangani dan memperbaiki sepenuhnya isu-isu yang dikenal pasti dengan jelas," kata pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.
Sehingga kini, tidak ada produk sarung tangan pakai buang yang dirampas susulan perintah pelepasan tahan CBP.
"Isu ini juga tidak memberi sebarang impak kewangan dan operasi kepada syarikat berdasarkan penilaian semasa," katanya.
Syarikat kekal komited terhadap kebajikan, kesihatan dan keselamatan tenaga kerjanya.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!