Wanita trauma dibelasah disamun

Situasi wanita berusia 48 tahun dibelasah penyamun.
Situasi wanita berusia 48 tahun dibelasah penyamun.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita trauma selepas dibelasah seorang lelaki yang menyamunnya ketika berada dalam lif di Stesen MRT, Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu.

Kejadian tular di media sosial Facebook berdurasi 57 saat menunjukkan suspek tanpa ada perasaan belas kasihan terus menyerang mangsa dengan menumbuk wanita tersebut sebaik pintu lif ditutup.

Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan turut ditendang beberapa kali sehingga terduduk menahan kesakitan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian berlaku jam 6.45 pagi melibatkan seorang wanita berusia 48 tahun.

"Mangsa mengalami kecederaan bengkak di dahi dan kesakitan di badan serta telah mendapat rawatan di hospital sebagai pesakit luar.

"Mangsa hilang kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM400," katanya.

Katanya, suspek masih diburu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Seramai tiga saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan setakat ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!