Bapa menteri KPWKM meninggal dunia
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bapa kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun, meninggal dunia pada Selasa.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat KPWKM, Eikmar Rizal Mohd Ripin.
Allahyarham Mohd Haron Mohamad Khairi menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.40 pagi di Hospital Sungai Buloh
"Jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Salak Tinggi dan dijangka tiba jam 11.00 pagi.
"Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahanda Menteri KPWKM dan mendoakan semoga roh arwah diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi yang mulia disamping ALLAH SWT," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!