Tinjauan di Pasar Seni atau Central Market
Pasar Seni atau Central Market mula dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barangan basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit buat warga kota, sebelum diubahsuai dan dinaiktaraf pada 1985.
Pengubahsuaian terhadap bangunan berusia 133 tahun itu dilakukan agar kekal relevan pada zaman moden selari dengan matlamatnya iaitu menjadi pusat kesenian dan kraf tangan yang terkenal dengan kepelbagaian budaya Malaysia di mata dunia.
Pasar Seni yang sebelum ini meriah dengan kehadiran pengunjung berubah apabila negara dilanda pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lepas.
Tenyata, kehadiran pandemik paling buruk di dunia itu telah mengubah corak kehidupan manusia selain merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik.
Lebih memburukkan, Pasar Seni yang cukup terkenal dalam kalangan pelancong asing terus ‘sepi’ tanpa kehadiran pengunjung apatah lagi Malaysia masih kekal menutup pintu sempadan negara kepada warga asing, sebagai usaha membendung penularan pandemik COVID-19 - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!