Celcom MAX penuhi keperluan pelanggan
SYARIKAT telekomunikasi terkemuka, Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus unggul bagi memenuhi keperluan pelanggannya dan terbaharu, memperkenalkan pakej Celcom MAX iaitu perkhidmatan internet yang saling berhubung antara kediaman dan mudah alih.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Idham Nawawi berkata, produk terbaharu itu diperkenalkan kerana menyedari bahawa hubungan internet telah menjadi keperluan dalam sebahagian besar aktiviti harian dan gaya hidup, sama ada ketika di rumah atau berada di luar.
Menurutnya, semakin ramai rakyat Malaysia kini terlibat secara langsung dalam ekosistem digital hari ini, mengubah cara kita bekerja, belajar, bersantai dan bermain.
“Celcom MAX yang baharu merupakan penyelesaian sehenti bagi kediaman dan mudah alih yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.
“Internet yang lancar, kukuh dan konsisten tersedia pada bila-bila masa membolehkan kesemua rakyat Malaysia boleh memaksimumkan gaya hidup digital mereka sama ada menyertai mesyuarat atau kelas atas talian, mengstrim video hiburan, bermain permainan mudah alih atau melayari internet untuk mendapatkan maklumat terkini.
“Pakej ini sesuai untuk pelbagai saiz isi rumah, kerana variasi pakej mampu milik dan pelan ditawarkan memberi pelanggan penjimatan seumur hidup, dan nilai terbaik bagi kesalinghubungan di kediaman mereka,” katanya sempena pelancaran produk baharu itu secara maya pada Selasa.
Celcom MAX ditawarkan dengan kadar promosi RM179 sebulan, dengan gabungan Celcom Home Fibre (RM120) dan pelan pascabayar Celcom MEGA (RM80).
Gabungan tawaran ini merangkumi penjimatan RM21 setiap bulan selama seumur hidup dengan 100Mbps internet berkelajuan tinggi tanpa had, panggilan tanpa had di talian mudah alih, dan Percuma router AX untuk kediaman.
Selain itu, mulai 6 April sehingga 9 April 2021, 100 pelanggan pertama yang melanggan pelan Celcom MAX 100Mbps atau lebih tinggi akan menikmati satu bulan bil Percuma.
Pelanggan juga boleh memilih untuk tambahan Celcom Mesh Wi-Fi hanya pada RM25 untuk sepasang (2 unit) selama 24 bulan, membolehkan penggunaan teknologi ‘mesh’ untuk memperluas liputan Wi-Fi di kediaman serta memperbaiki liputan WiFi di lokasi yang agak lemah, mengurangkan kawasan titik lemah atau terlindung.
Bagi isi rumah yang menggunakan internet melalui pelbagai peranti pada suatu masa, pelanggan boleh memilih Celcom MAX 500Mbps, Celcom Home Fibre (RM179) dan pelan pascabayar Celcom MEGA (RM80) hanya pada RM259 sebulan, yang turut merangkumi sepasang Mesh Wi-Fi Percuma dan akses tanpa had kepada kandungan hiburan daripada IQIYI atau iflix selama enam bulan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!