Lelaki Palestin mati ditembak, isteri cedera

Gambar fail menunjukkan dua askar Israel mengawal bandar Asira Shamaliya di Tebing Barat, Palestin. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan dua askar Israel mengawal bandar Asira Shamaliya di Tebing Barat, Palestin. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMUQADDIS - Seorang lelaki Palestin yang sedang menaiki kereta mati ditembak manakala isterinya cedera akibat tembakan di Tebing Barat pada Selasa, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Lelaki itu meninggal dunia akibat tembakan di bahagian kepala di Bir Nabala dan isterinya cedera akibat tembakan yang dilepaskan dari arah belakang, kata kementerian tersebut.

Agensi berita Palestin, Wafa menyatakan tembakan itu berlaku pada waktu pagi ketika mereka sedang menaiki kereta.

Setakat ini, tidak ada mana-mana pihak yang mengaku melepaskan tembakan itu.

Agensi berita Wafa mendakwa lelaki tersebut dikenali sebagai Osama Sidqi Mansur.

Menurut agensi berita tersebut, terdapat pertempuran yang berlaku antara penduduk Palestin dengan tentera Israel di Bir Nabala pada waktu pagi.

Israel telah menduduki Tebung Barat selepas Perang Enam Hari berlaku pada tahun 1967 yang dimenangi oleh rejim Zionis.

Dalam pada itu, tentera Israel mendakwa askar-askarnya berjaya menggagalkan percubaan sebuah kereta menyerang anggota-anggotanya di sebuah pos pemeriksaan di selatan Ramallah.

Artikel Berkaitan:

Ia menyatakan, pos pemeriksaan itu didirikan buat sementara semasa satu operasi diadakan di Bir Nabala tetapi tidak menyebut tentang kematian lelaki berkenaan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!