Maqis rampas produk marjerin

Maqis Selangor merampas produk marjerin dari Ireland dipercayai membawa masuk barang dagangan ini menggunakan dokumen yang mengelirukan, pada Isnin.
Maqis Selangor merampas produk marjerin dari Ireland dipercayai membawa masuk barang dagangan ini menggunakan dokumen yang mengelirukan, pada Isnin.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas produk marjerin dari Ireland di Pelabuhan Klang Utara, di sini, pada Isnin, selepas dipercayai membawa masuk barang dagangan itu menggunakan dokumen yang mengelirukan.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, cubaan itu dikesan selepas pemeriksaan rutin pihaknya pada jam 10 pagi.

"Barang dagangan seberat 7,824 kilogram (kg) itu dianggarkan bernilai RM116,211.73

“Kes disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengemukakan permit yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!