Andalusia Food mampu bertahan lama

Proses pemilihan kurma Ajwa sebelum proses pembungkusan dilakukan.
Proses pemilihan kurma Ajwa sebelum proses pembungkusan dilakukan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesungguhan untuk mengembangkan syarikat Andalusia Food Industries Sdn Bhd (Andalusia Food) dengan memasarkan produk kurma di bawah label Kurma Yang Dirindui (KYD) menjadi lebih kuat apabila prestasi perniagaan merentasi apa yang dijangkakan.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), Ida Riswana Idris berkata, perniagaan tersebut mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus mampu meraih pendapatan mencecah RM1 juta dalam tempoh sebulan.

“Setakat ini kita berjaya mengumpul lebih 600 ejen, dropship dan stokis untuk bersama-sama mempromosi KYD. Kita menjangkakan seramai 5,000 orang sehingga hujung tahun ini, malah mungkin boleh melepasi jumlah disasarkan.

“Kita juga berjaya membawa masuk kurma dari Madinah sebanyak 50 tan untuk dijual di pasaran seluruh negara.

“Sebelum ini kita menyasarkan sebanyak 100 tan kurma setahun. Kita menjangkakan ia melebihi sasaran kita iaitu melebihi 100 tan,” katanya kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Desa Pandan di sini pada Khamis.

Ida Riswana
Ida Riswana

Pada 9 Februari lalu, Andalusia yang merupakan syarikat pengendali umrah dan haji melancarkan KYD sebagai perniagaan baharu menerusi syarikat Andalusia Food.

Inisiatif itu diambil susulan perniagaan mengendalikan pakej haji dan umrah tidak dapat dijalankan buat sementara akibat penularan Covid-19 sejak awal tahun 2020.

Artikel Berkaitan:

Syarikat Andalusia Food lebih memfokuskan kepada jualan produk kurma Ajwa, manakala kurma Safawi, Anbar dan Medjool pula dijadikan sebagai produk jualan sampingan.

Kurma Ajwa yang dipasarkan Andalusia Food Industries Sdn Bhd.
Kurma Ajwa yang dipasarkan Andalusia Food Industries Sdn Bhd.

Kurma segar

Mengulas lanjut, Ida Riswana berkata, pelbagai usaha telah dilakukan khususnya bagi memastikan pemasaran produk berjalan dengan konsisten dan terurus, selain memastikan syarikat berkenaan bertahan lebih lama.

“Platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Telegram adalah medium utama untuk memasarkan produk kurma Ajwa.

“Kita juga menyediakan stok kurma Ajwa di semua cawangan Andalusia Travel kerana ramai orang nak datang ambil terus di cawangan kita.

“Selain itu, kita dalam perancangan untuk memasarkan kurma Ajwa menembusi pasar raya besar dan stesen-stesen minyak seperti Petronas di seluruh Malaysia,” katanya.

Proses pemilihan dan pembungkusan kurma Ajwa di Andalusia Food Industries Sdn Bhd.
Proses pemilihan dan pembungkusan kurma Ajwa di Andalusia Food Industries Sdn Bhd.

Beliau berkata, pihaknya turut berusaha mencari pembekal yang boleh dipercayai bagi memastikan kualiti kurma dijamin bersih dan segar dari ladang.

“Untuk cari pembekal yang bagus, kita tidak dapat pergi ke Madinah untuk lihat dan pilih sendiri. Jadi, kita terpaksa percaya kepada gambar dan video yang dihantar.

“Alhamdulillah, kebanyakan produk kurma yang diimport masih baharu. Berdasarkan kesega-rannya pula, memang kita dapat maklum balas daripada pelanggan yang mengatakan kurma yang kita jual memang segar,” katanya.

Pendapatan

Ida Riswana berkata, pihaknya turut mengadakan program memasak untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

“Sebagai contoh, kita mengadakan program santai edisi memasak. Kita akan menunjukkan kepelbagaian masakan menggunakan kurma yang bersiaran secara langsung menerusi Facebook dan Instagram @kurmaDirindui pada setiap Selasa dan Khamis, jam 1.30 hingga 2.30 petang.

“Kita juga menggunakan tagline ‘Lengkapkan Hari Anda Dengan KYD’. Kita hendak galakkan orang ramai supaya makanlah kurma setiap hari,” katanya.

Proses pembungkusan kurma dilakukan dengan menitik beratkan kebersihan.
Proses pembungkusan kurma dilakukan dengan menitik beratkan kebersihan.

Beliau berkata, perniagaan KYD berpotensi untuk jangka masa panjang dan bukannya bersifat perniagaan bermusim.

“Selepas semua umat Islam di Malaysia menerima suntikan vaksin Covid-19 dan boleh mengerjakan semula umrah serta haji, kurma KYD akan lebih memudahkan jemaah Andalusia Travel.

“Mereka tidak perlu memborong kurma dengan kuantiti banyak di Madinah untuk dihadiahkan kepada saudara-mara.

“Mereka hanya perlu beli menerusi Andalusia Food, bahkan mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Madinah dan Makkah pun boleh merasai kurma Ajwa,” katanya.

Ida Riswana berkata, ada antara ejen, stokis dan dropship telah berjaya menjana pendapatan antara RM20,000 hingga RM40,000 sebulan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal www.kurmadirindui.com atau Facebook dan Instagram @kurmaDirindui atau hubungi 013- 2799 285 (Wana) / 013-2799 286 (Fazlina).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!