Remaja maut motosikal terperosok bawah lori
KOTA BHARU – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah lori dalam kemalangan di Kampung Banggu Binjai awal pagi Rabu.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Faiz Azwan Hassan, 16, yang dipercayai dalam perjalanan dari Bachok ke Binjai cuba memotong sebuah lori.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, namun mangsa gagal memotong kerana ketika itu lori berkenaan juga mahu membelok ke kanan dan berlakunya pelanggaran.
Menurutnya, pelanggaran itu mengakibatkan motosikal mangsa terperosok di bawah lori berkenaan.
“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!