Tapir jantan 250kg ditemui mati

Seekor tapir jantan ditemui mati di Jalan Sedili-Tenggaroh pada Selasa.
Seekor tapir jantan ditemui mati di Jalan Sedili-Tenggaroh pada Selasa.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seekor tapir jantan seberat 250 kilogram (kg) ditemui mati di Jalan Sedili-Tenggaroh di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Salman Saaban berkata, pihaknya menerima aduan awam mengenai penemuan bangkai haiwan itu pada jam 10.40 pagi.

“Berdasarkan siasatan, seekor tapir jantan dewasa yang dianggarkan seberat 250kg dipercayai telah mati akibat dilanggar.

“Ini kerana tiada sebarang serpihan kenderaan yang melanggar tapir tersebut dijumpai di lokasi kejadian. Kejadian disyaki berlaku pada sebelah malam atau awal pagi hari berkenaan.

"Ukuran morfologi bangkai tapir tersebut telah diambil sebelum ianya dilupuskan secara ditanam di lokasi berhampiran,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Salman berkata, kejadian itu merupakan kejadian kedua melibatkan haiwan itu yang mati dilanggar dalam tempoh kurang dua minggu di Johor pada tahun ini.

"Kejadian pertama berlaku pada 27 Mac lalu melibatkan seekor tapir jantan yang dianggarkan seberat 300kg di Jalan Mersing-Jemaluang berdekatan dengan Institut Latihan Perindustrian Mersing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!