Nestle lancar kilang pembuatan makanan berasaskan tumbuhan

Sultan Sharafuddin (dua dari kanan) berkenan menurunkan tandatangan sebagai gimik pelancaran kilang tersebut.
Sultan Sharafuddin (dua dari kanan) berkenan menurunkan tandatangan sebagai gimik pelancaran kilang tersebut.
A
A
A

NESTLE Malaysia melancarkan kilang pembuatan makanan berasaskan tumbuhan pertama di Asia Tenggara bagi memenuhi permintaan tempatan dan eksport luar negara.

Pelancaran kilang seluas 6,000 meter persegi itu disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam majlis yang berlangsung di Kompleks Perindustrian Nestle, Seksyen 15, pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, sejumlah RM150 juta telah dilaburkan untuk membina fasiliti itu yang menjadi penyumbang utama kepada perbelanjaan modal mereka bagi tahun lalu dan turut merekodkan perbelanjaan tertinggi dalam tempoh enam tahun.

"Pembukaan kilang ini membolehkan Nestle Malaysia membekalkan makanan berasaskan tumbuhan keluaran tempatan yang berkualiti tinggi, lazat dan halal kerana rakyat negara ini semakin berminat meneroka alternatif kepada pengambilan daging.

"Oleh itu, kami telah membangunkan rangkaian produk baharu yang menyediakan alternatif nutrisi yang baik bagi menyokong gaya hidup lebih sihat dan lestari," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kilang berkenaan, pada Rabu.

Sultan Sharafuddin (tiga dari kiri) berkenan untuk meninjau kilang berkenaan selepas pelancarannya dalam majlis yang berlangsung di Kompleks Perindustrian Nestle, Seksyen 15, pada Rabu.
Sultan Sharafuddin (tiga dari kiri) berkenan untuk meninjau kilang berkenaan selepas pelancarannya dalam majlis yang berlangsung di Kompleks Perindustrian Nestle, Seksyen 15, pada Rabu.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, Aranols berkata, produk makanan berasaskan tumbuhan lebih lestari kerana mempunyai jejak karbon yang rendah dan memerlukan penggunaan minimum sumber asli seperti air dan tanah.

Artikel Berkaitan:

"Kami kini sedang mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih lestari untuk semua," katanya.

Tambahnya, kilang berkenaan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 8,000 tan dan turut dilengkapi dengan mesin pemprosesan makanan terkini dan mesin pembungkusan automatik sepenuhnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!