Rampasan rokok di Terengganu
Penolong Pengarah Kastam Terengganu, Zulhazmi Kasmini menunjukkan pelbagai jenis rokok seludup yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bernilai RM99,818.40 melibatkan jumlah cukai terlibat sebanyak RM503,051 pada sidang media oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Kastam Terengganu hari ini.
Rokok seludup tersebut dirampas dalam dua serbuan berasingan pada 31 Mac lepas pada jam 1 pagi di persisiran pantai Lembah Bidong, Setiu dan di Kampung Pak Madah, Marang pada jam 10.30 pagi. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!