Bomba bantu pindah pesakit obesiti
PEKAN - Seorang wanita yang mengalami berat badan berlebihan (obesiti) terpaksa menaiki lori bomba untuk dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi menjalani rawatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, wanita berusia 23 tahun itu sebelum ini dirawat di Hospital Pekan sebelum dirujuk ke HTAA hari ini.
"Kami dihubungi kakitangan hospital yang meminta bantuan memindahkan pesakit. Kami pindahkannya dengan menaiki lori disediakan yang dilengkapi peralatan perubatan.
"Pesakit wanita itu turut diiringi dua anggota bomba, doktor dan kakitangan perubatan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!