Kerja kimpalan dipercayai punca kapal korek terbakar

Anggota bomba dan penyelamat sedang melakukan kerja pemadaman kebakaran sebuah kapal korek.
Anggota bomba dan penyelamat sedang melakukan kerja pemadaman kebakaran sebuah kapal korek.
A
A
A

MELAKA - Sebuah kapal korek yang akan dilupuskan terbakar berdekatan pejabat Jabatan Laut di Jalan Pantai Puteri di sini petang Rabu.

Difahamkan kebakaran tiba-tiba berlaku kira-kira jam 5 petang ketika kerja- kerja kimpalan kapal yang terletak di tepi pantai itu

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor seramai 30 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5. 17 petang.

Menurutnya, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan sebuah jentera Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) digerakkan ke lokasi bagi kerja pemadaman.

"Sebaik tiba di lokasi api sedang marak selain kepulan asap hitam memenuhi bahagian kapal yang sudah terbakar kira-kira 50 peratus itu.

"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Muhammad Izwan Arief berkata, kebakaran dapat dikawal kira- kira 25 minit kemudian dan pemadaman terpaksa menggunakan semburan buih.

Menurutnya, punca awal kebakaran dipercayai akibat daripada kerja kimpalan tetapi siasatan lanjut akan dijalankan oleh pasukan forensik bomba.

Artikel Berkaitan:

"Api dapat dikawal dan dipadamkan namun kita masih menunggu dan memantau menggunakan 'Thermal Imaging Camera' sehingga jam 8.15 malam bagi mengelakkan kebakaran tercetus kembali," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!