Anwar nafi audio perbualan bersama Zahid

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menafikan terbabit dalam audio tular perbualan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Penafian itu dibuat Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama PKR Selangor, sebentar tadi.

Anwar berkata, terdapat usaha untuk memfitnah beliau dengan kaedah yang lebih canggih.

"Ini nak gunakan kita, nak lawan politik dalam UMNO, nak guna kononnya perbualan saya dengan Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan UMNO.

"Ini bukan kerja saya. Sebab itu, saya juga akan arah pegawai saya buat laporan polis siasat siapa punca ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid nafi perbualannya bersama Anwar

Video tersebut bermula dengan ucapan Ahmad Zahid ketika bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, dalam video berdurasi 4 minit 17 saat turut kedengaran suara yang mirip dengan Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO itu menerusi panggilan telefon.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menafikan penglibatan beliau dengan rakaman audio perbualan telefon tular berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!