Malaysia pertimbang pengumuman EMA

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia akan mempertimbangkan pengumuman Agensi Ubatan Eropah (EMA) berhubung faktor khusus yang dikaitkan dengan punca pembekuan darah akibat penggunaan vaksin keluaran AstraZeneca.

Menteri Penyelaras Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya akan memutuskan sama ada vaksin AstraZeneca akan digunakan ataupun sebaliknya.

"Kami maklum pengumuman EMA. Keselamatan adalah perkara utama," katanya menerusi Twitter rasmi beliau pada Khamis.

Pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini mengumumkan tiada faktor risiko khusus termasuk usia yang dikenal pasti untuk pembekuan darah.

Menurut mereka, faktor risiko tertentu seperti usia, jantina atau sejarah perubatan belum dapat disahkan kerana kejadian yang jarang berlaku dapat dilihat di semua peringkat usia.

Katanya, kesan sampingan yang jarang berlaku itu adalah tindak balas imun terhadap vaksin.

Pada Selasa, Menteri Kesihatan yang juga Pengerusi Bersama JKJAV, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan memuktamadkan untuk terus kekal menggunakan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca yang diperoleh daripada fasiliti Covax dan Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tunggu laporan EMA sebelum putuskan vaksin Astrazeneca

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMAS KINI] Kerajaan muktamadkan terus guna vaksin AstraZeneca

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!