PKR yakin Semenyih kekal dikuasai PH
Zuraida beramah mesra dengan warga emas yang hadir ke Perayaan Penjagaan Kesihatan Keluarga yang diadakan di Plaza Sentosa.
A
A
A
"Saya berada di Semenyih sebelum berada di sini (Johor Bahru), saya lihat sokongan kepada PH adalah tinggi. Ini kerana pengaruh Selangor sendiri yang diperintah PH selama dua penggal iaitu 10 tahun.
"Jadi, orang Selangor sudah matang dan faham apa yang dilaksanakan Kerajaan Selangor apatah lagi PH mengambil Kerajaan Pusat, jadi telah meningkatkan manfaat kepada mereka.
"Ya, saya yakin PH boleh menang kerana orang Selangor jauh lebih matang berikutan mereka tahu menilai kerajaan yang baik di bawah PH berbanding 10 tahun yang lepas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saingan empat penjuru pada PRK DUN Semenyih membabitkan calon PH, BN, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Bebas selepas proses penamaan calonnya tadi.
Terdahulu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyempurnakan Perayaan Penjagaan Kesihatan Keluarga di Plaza Sentosa di sini, hari ini.
PH mencalonkan Muhammad Aiman Zainali sementara BN dan PSM masing-masing mencalonkan Zakaria Hanafi dan Nik Aziz Afiq Abdul.
Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang pula bertanding atas tiket Bebas.
PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandang, Bakhtiar Mohd Nor daripada PH pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.
Hari mengundi bagi PRK DUN Semenyih diadakan pada 2 Mac ini dengan hari pengundian awal ditetapkan 26 Februari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!