Geng Lanun Merah Black Maria 360 masih dalam siasatan: PDRM

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Siasatan berhubung dakwaan kewujudan Geng Lanun Merah Black Maria 360 yang dikatakan mengendalikan aktiviti pembuangan sisa toksik berjadual, pengedaran dadah dan penyeludupan pendatang tanpa izin di sekitar Klang, Selangor masih di peringkat awal.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menerusi pasukan khas yang ditubuhkan baru-baru ini, masih lagi mengumpul maklumat berhubung dakwaan itu.

"Jadi, bagi kami (polis) masa untuk siasat berhubung dakwaan berkenaan.

“Setakat ini, siasatan berhubung dakwaan itu masih di peringkat awal. Sebaik ada keputusan berhubung dakwaan itu, kami akan maklumkan kepada pihak media,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM)-Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) di NU Sentral di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed untuk kembali membuat pemantauan dan siasatan berterusan berhubung dakwaan terbabit.

Pada 4 April lalu, media melaporkan kumpulan berkenaan dianggotai tidak kurang 500 ahli menjadikan kumpulan kongsi gelap itu antara kumpulan penjenayah terancang menguasai pelbagai kegiatan jenayah di kawasan Klang, Selangor.

Ekoran itu, JSJ akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kumpulan terbabit yang aktif sejak 2013 yang dikatakan turut didalangi seorang pegawai kanan polis wanita.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!